Friday, November 28, 2008

Imah, seorang janda yang muda, jelita dan seksi tinggal seorang diri di sebuah banglo dua tingkat. Ramai lelaki tidak kira tua atau muda menggilainya tapi Imah tidak pernah melayan. Siapakah agaknya lelaki yang berjaya memikatnya? Sungguh bertuah lelaki itu kerana harta- harta Imah bernilai berjuta, hasil peninggalan suaminya seorang ahli perniagaan yang berjaya.

Kini sudah masuk tahun ke-3 Imah tidak bersuami. Sudah lama dia bersabar.
Dalam hatinya yang sepi itu, sebenarnya beliau tidak menafikan dirinya memang kehausan teman. Apatah lagi dirinya kini kian bergetah kembali, yang longgar pun sudah rapat, yang cantik pun pun makin bertambah cantik lagi. Ini juga adalah hasil daripada minatnya yang mendalam terhadap barangan kosmetik dan barangan penjagaan diri. Dalam sikapnya yang tidak mengendahkan lelaki namun pada malam ini beliau amat berharap mana-mana lelaki akan datang kepadanya. Sesiapa sahaja yang datang malam ini beliau akan sudi menghulurkan tangan. Tambahan lagi, Imah tinggal berseorangan dalam kegelapan.

Bekalan elektrik petang tadi sudah
terputus. Imah amat kehausan sekali. Perasaan Imah semakin resah. Sabar Imah menunggu, sejam dirasakan bagaikan sehari. Keresahan dan degupan jantungnya makin memuncak. Tuk!!!Tukkk! Tiba-tiba tingkap rumahnya diketuk orang. "Ohhhh! Syukurlah!!!"kata Imah di dalam hatinya. Imah terus berlari membuka tingkap rumahnya yang diketuk itu. Apabila tingkap dibuka, muncul seorang lelaki umur dalam lingkungan 30an berambut mawi melemparkan senyuman manis kepada Imah. Imah pun membalas senyuman itu. Senyuman mereka berdua jelas kelihatan di dalam samar-samar cahaya torch light milik lelaki itu. Lantas, lelaki itu menghulurkan tangan kanannya lalu disambut oleh Imah.

Inilah saat pertama kalinya Imah memegang tangan lelaki semenjak suaminya meninggal dunia. Peluh Imah keluar mencurah disertai degupan jantungnya kian deras berdenyut. Lelaki itu memimpin Imah berjalan. "Adik duduklah di sini", kata lelaki itu. Imah pun duduk perlahan-lahan dan bagaikan terpukau mengikut sahaja apa arahan lelaki itu dan tiba-tiba Imah terasa punggungnya menjadi dingin. Dingin dan sejuk akibat air telah mula, membasahi punggungnya yang gebu itu.

Menyedari ada sesuatu yang tidak kena, cepat-cepat lelaki itu berkata " Ohhh!!Maaflah dik, tempat duduk dalam sampan ini kesemuanya basah kerana tempias dek air banjir ni, tapi apapun adik telah selamat!" Jawab Imah "Yalah!!Kalaulah abang tidak datang tadi, entah macam manalah nasib saya, air banjir ni nampaknya semakin naik, kalaulah ia mencecah bumbung tak tahulah apa akan terjadi. Tapi nasib baiklah air naik setakat tingkat atas rumah saya ini sahaja, jadi dapatlah saya menunggu di sini". Lelaki tadi terus menghidupkan semula engin sampannya lalu terus ke pusat pemindahan mangsa-mangsa banjir di sebuah sekolah kebangsaan.

Huuuuiii... seriusnya membaca!

Tajuk Sebenar :
Kisah seorang janda yang jadi mangsa
banjir.....
Kali mau show kat lu olang antara pic semasa opis aku membuat lawatan cik kiah ke Langkawi...walau pon aku tau aku macho dan encem..yg penting kowang jgn kutuk ok

Yang ni masa kat jeti nak naik feri...gilak..pkl 10.30 malam dr gombak...pkl 6.30 pagi sampai kuala perlis...siap2 makan minum pagi pkl 9 baru naik feri....da mcm hilang akal...nak tido dalam bas...tak lena..serupa naik unta...rase unta pon tak mcm tu...tensi2....


Yang ni lak da jd mcm kutu rayau..paler utak sungguh..check in hotel pkl 12..pkl 2 da g pekan kuah shopping sampai pkl 6 ptg...pompuan leh la..ni laki pe nak borong...aduyai....


Yang ni lak kat depan hotel aseania kat pantai cenang tempat kami tido....


Ni kat puncak dunia...ahahaha....gilak babeng la...naik keter kabel antara paling curam d dunia...kalah genting...seram...rasa nak bunuh diri pon ade...tp tp tp tp...mmg BEST
Orang kata bile kite da kaya..kite akan lupa pada Nya....btoi ker???
Ntah la..mungkin ya..mungkin tidak...semuanya terpulang pada diri sendiri...
Kite hidup ini ada ujian..ada dugaan...makin berat ujian itu datang...makin sayang Dia pada kita
Dan itu la yg hadir pada aku...moga2 dengan ujian yg mendatang ni..makin mendekatkan diri ku padaNya..amin

Kadang kite terlupa...apa yg kite alami secara tanpa sedar kite akan menyalahkan takdir...kenapa kite...mengapa kite...semuanya kite....sampai kite terlupa sebenarnya ada org lain yg lagi teruk...lagi berat ujian yg d terima...

Apakah kita masih tidak bersyukur atas nikmat dan rahmat Nya yg d berikan kepada kita...kesihatan...masih mampu bernafas...masih mampu berjalan..berdiri..bercakap..melihat...

Dunia2....ini lah cabarannya...kite yg d amanahkan sebagai khalifah Nya d muka bumi ini...semiskin mana kite..ada lg yg lg miskin....seteruk mana kite masih ada lagi yg teruk drpd kite

Moga2 dengan dugaan ni menambahkan lagi kesabaran diri ku...mematangkan diri ku....amin