Wednesday, November 12, 2008

Petua mengasihi suami

1. Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda.Lelaki
mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yang
menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna. Berdandanlah
dengan sempurna.. selitkan jelingan-jelingan manja.

2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah
pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan.
Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dan
Apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami anda dari
segi makanan dan pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga suami akan
mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama zakar suaminya
dan kedua perut suaminya.

3. Banyak membantu suami anda. Terutamanya apabila suami anda
bermasalah. Jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan
suami anda berdukacita. Walaupun anda bekerja, usah boros dalam
berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda.
Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri
kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi
rumahtangga.

4. Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut dilakukan setiap
hari, walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda
terlalu tua untuk itu semua.

5. Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu.Anda
boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang lain.
Anda boleh memegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan.

6. Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih awal dari
masa anda hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidur bersama suami
anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan
berumahtangga.

7. Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami anda
membantu tetapi tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter
atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan
merajuk.

8. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari
sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan
mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan suami
anda, suami anda mungkin merasa kurang senang, lagipun anak anda
adalah anaknya yang disayanginnya.

9. Selalulah memicit-micit dan mengurut suami anda. Amalkan mandi
bersamanya dan menggosok-gosok badannya.

10. Apabila anda masuk tidur bersama suami anda, bukalah segala
pakaian anda dan berselimut bersama suami anda. Ciumlah dengan ciuman
yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa "hanya
kaulah satu-satunya kekasihku".

11. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun anda
hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil
menyentuhnya.Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda akan
merasakan kenikmatannya.

12. Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang lain.Jika
perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda
anda benar-benar mengasihi suami anda.

13. Sekiranya suami anda berhajat untuk "bersama" anda,layanilah dia
dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda.Banyak
perceraian atau kes poligami berpunca dari isteri yang kurang faham
dengan keperluan suaminya di sudut seks. Kurangnya layanan dan
banyaknya alasan menyebabkan suami berasa bosan terhadap anda.

14. Sesekali, ajaklah pula suami anda berjima'. Jika anda merasa malu
untuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus. Biasanya seorang
lelaki akan memahami tanda-tanda anda memerlukan jima'. Ini akan
membuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan.

15. Apabila anda bersetubuh dengan suami anda, janganlah biarkan dia
bersendirian melayarkan bahtera, sedangkan anda cuma menyuakan tubuh
anda untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan
sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahawa dirinya tidak
dihargai, sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu ialah jalinan
kasih dua jiwa yang memanisfitasikan cintanya.

16. Ketika suami anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk
merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan
anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada
anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja
mengasihinya sewaktu dia sihat.

17. Apabila suami anda meninggal dunia, jagalah anak-anak anda dengan
baik serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga suami
anda. Mudah-mudahan nanti, anda akan menemui suami anda disyurga.

0 comments:

Post a Comment

Komen Woiiiii