Wednesday, November 12, 2008

Tips menghargai pasangan. Tips ini adalah untuk pasangan yang sah dinikahkan, bagi yang belum tu, boley jugak baca untuk knowledge

1. Anggap pasangan seperti diri sendiri
Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai,
dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai
dan dikasihi apatah lagi pasangan suami dan isteri. Mengapa selepas
berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang sering
diabaikan oleh banyak pasangan. Pasangan anda adalah cerminan diri
anda sendiri. Kemana pun anda pergi potret wajahnya perlu anda bawa
bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumahtangga akan menjadi bahagia.

2. Isteri bukan pembantu rumah
Banyak suami menganggap bahawa kerja-kerja rumah adalah tanggungjawab
isteri seratus peratus. Walhal dalam Islam sendiri tidak ada hukum
yang mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja-kerja rumah.
Cuma, ajaran Islam mengatakan bahawa wanita berkahwin yang taat
dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaik
akan dijamin masuk syurga. Itu sahaja. Atas jaminan inilah ramai
wanita tidak berkira dengan kerja-kerja rumah yang mereka lakukan
selama ini.

3. Isteri adalah manusia
Mereka ialah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila
mereka redha dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan,
maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun jika mereka tertekan
dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan
sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka
hadapi.

4. Ingat tarikh penting
Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah
oleh sesiapa sahaja apatah lagi daripada orang yang disayangi. Jika
suami seorang yang prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya
jika dia memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah tidak perlu
terlalu mahal.

Cukup sekadar seutas jam ataupun sehelai tudung. Jika 'budget' anda
tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai. Hati
isteri akan tersentuh dengan pemberian hadiah dan lebih terharu jika
anda sempat menulis sepatah dua kata penghargaan di dalamnya
spt 'terima kasih di atas segala pengorbanan sayang selama ini'

5. Bantu ringankan tugas isteri
Suami perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri
anda bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah. Maka
suamipun perlu membantu. Jika anda tidak mahir memasak makanan yang
berat seperti lauk pauk cukup sekadar menggoreng ikan atau telur.
Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan yang anda
masak. Tentu dia berasa gembira dan tersenyum.

6. Bawa isteri berehat
Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu
kebebasan baginya. Kerana isteri tidak dapat menghidu apakah yang
dilakukan di belakangya. Kini, anda cuba terbalikkan situasi ini.
Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat-tempat
peranginan yang menarik seperti Genting Highlands ataupun Fraser
Hills. Walaupun ia nampak remeh, tetapi setiap isteri pasti akan
menghargai saat-saat manis sewaktu berehat di situ.

7. Ciuman khas untuk isterimu
Cuba anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi
isteri anda ketiak dia berehat setelah begitu penat bekerja. Tahukah
anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan
segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya
kuasa ciuman suami kepada isteri.

8. Beri pujian kepada isteri
Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia
cantik dan kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri
tatkala semangatnya hilang dan luntur. Memanglah wajar isteri penat
jika dia terpaksa bangun pagi seawal lima pagi bagi memastikan
semuanya beres demi kemudahan suami dan anak-anak. Kemudian tidur
pula paling lewat kerana sibuk menyediakan persiapan untuk esok hari.

9. Dengar pendapat isteri
Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf
pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu-isu semasa boleh
dijadikan sebagai 'ice-breaking'. Kemudian, berbincanglah tentang hal
rumahtangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri
tentang problem kerjanya. Malah isteri tentu berminat hendak
mengetahui 'gosip' pejabat selepas seharian berhempas pulas di rumah.
Dari situ isteri dapat mengenali karektor rakan-rakan pejabat suami
secara tidak langsung.

10. Penuhi hajat isteri
Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika isteri
berhajatkan sebuah mesin basuh ataupun mesih jahit, pihak suami
mungkin terpaksa berfikir dua atau tiga kali sebelum memenuhinya.
Bagaimanapun, jika anda tidak berjaya memenuhi hajat isteri untuk
masa yang terdekat, simpanlah hajat isteri anda itu dan tunaikanlah
apabila anda berpeluang kelak. Bukankah pemberian itu melambangkan
habawa anda adalah suami yang amat menghargai pengorbanan isteri.

Selamat menunaikan tanggungjawab masing-masing dengan seikhlasnya...

0 comments:

Post a Comment

Komen Woiiiii