Sunday, June 28, 2009

Siti Nor Bahyah Mahamood - Rahsia Ketenangan Jiwa 1
Siti Nor Bahyah Mahamood - Rahsia Ketenangan Jiwa 2
Siti Nor Bahyah Mahamood - Rahsia Ketenangan Jiwa 3
Siti Nor Bahyah Mahamood - Rahsia Ketenangan Jiwa 4
Siti Nor Bahyah Mahamood - 11 Tips Memupuk Kasih Sayang
Siti Nor Bahyah Mahamood - Ujian Mushibah Pengertian & Hikmah
Fadzilah Kamsah - Amalan Cemerlang
Fadzilah Kamsah - Menangani Sifat Marah
Fadzilah Kamsah - Petua Untuk Sentiasa Ceria

Aku nak berkongsi dgn korang mp3 ceramah dr Siti Nor Bahyah aka cakar rimau dan dari dr fadzilah kamsah...2 org penceramah bebas yang tak asing bg kita...harap kita sama² boleh belajar dan mengambil pengajaran k

Friday, June 26, 2009




Hari ni mcm busan jerk..ahahaha..malas lak aku nak buat keje...so ni la hasil drpd kemalasan aku kat opis....saje up pic haikal anak sulung aku yg umo 3 tahun skrg....pic latest dia nnt² la aku up kan...tunggu time rajin lak....

Wednesday, June 24, 2009






ok allz....kali ni kita layan lagu dr penyanyi peberet aku since 6 tahun lepas...alizee...made in france...walllaaaaaaaaaaaaaa


Tuesday, June 23, 2009

Ngeeeee....akhirnya ku berubah...carik skin yg simple n ade nilai nostalgia skit...(kut la) ahahahaha....

Pada adek aku..abg mu ni mintak maaf banyak2...sowi la ye nyusahkan sbb tlg cari skin utk blog abg...bukan apa..kat skin tu kena ejas2 kat html..da le abg mu ni buta urup...harap je skolah tinggi...(3 tingkat tu kire tinggi kan)....hehe..jgn mare yer...

Tapi tu la...masalah probnya...semua link kawan2 aku da lost....uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....sadis btoi laaaa...nak kutip sebijik2 balik ni....adehhhh...nnt2 la ye aku edit balik....kalau rajin la....


Haku telah d tag oleh adek haku...banyak lagi tag yg kena..tapi mcm biasa lah..hutang hutang


M.A.R.A.H


1. Bila anda last kena marah?
Hari² aku kene marah...ni jap lg kene marah la ni kang

2. Kena marah dengan siapa? Letakkan nama penuh dia..
Mane leh..menjatuhkan kemaluan dia kang..ish!

3. Apakah tindakan anda bila kena marah?
Marah org tu balik la...ingat kita ni pokok pisang ke

4. Apakah perkataan pertama yang keluar selepas anda dimarahi?
Takde perkataan..tangan penumbok aku yg kuar dulu ahahahaha

5. Antara bentes kaki dengan pijak kaki, mana pilihan anda jika anda dapati anda tidak bersalah?
Terajang yg paling afdhal ahaha

6. Rasanya bila anda kena marah, anda akan lepaskan pada insan sekeliling? Or siput tepi pasu? Or pokok daun semalu?
Biasa aku melepas dalam jamban jerk.....hua hua hua

7. Apakah ucapan anda pada orang yang suka marah2?
Tak nak ckp..sedekah dia cermin...tgk diri sendiri dulu ngeeeeeeee

8. Senaraikan beberapa orang yang anda rasa boleh jawab soalan nih...
Sape yang baca tu kalau nak rasa tag ni..ha....hamik hamik hamik!



Monday, June 22, 2009

Tip: 50 Rangsangan Anak Bijak (Bagi sape² yg ade bayi kat rumah tuuuuuuuuuu..yg takde utk info boleh la)

Pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Anda tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah ANDA. Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama. .. jenis-jenis interaksi-interaksi harian begini adalah lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar untuk memikirkan cara-cara baru untuk merangsang anak kecil anda (terutama sekali apabila anda tidak tidur malam meredakan tangisannya) . 50 aktiviti menarik (dan berdasarkan sains) yg disyorkan ini pasti membuahkan hasil.

1-BERTENTANG MATA

Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.

2-BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA

Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.

3-JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN

Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi IQnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya..

4-JELIRKAN LIDAH

Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah - ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.

5-HASILKAN BUKU BINATANG

Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, 'bacalah' buku itu bersama-sama sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.

6-GELETEKLAH BAYI ANDA

Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti 'cak cekur' dan 'labah-labah panjat perigi' dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.

7-TUNJUKKAN PERBEZAAN

Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.

8-BERKONGSI PANDANGAN

Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. "Tengok anak kucing tu." atau "Besarkan pokok ni!" atau "Dengar tak bunyi bomba tu?" - untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.

9-NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA

Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri ("mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin....") . Mainkan lagu Beethoven atau Beatles... Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.

10-GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA

Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.

11-SENTUH DAN RASA

Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.

12-PERGI MEMBELI-BELAH

Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.

13-BERI KATA KUNCI

Jika anda berkata, "Mak nak buka lampu ni," sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.

14-BERI KEJUTAN

Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.

15-SEDIAKAN BANYAK TISU

Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.

16-BACA BUKU

Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan. Ia dipercayai membantunya belajar bahasa.

17-MAIN CAK-CAK

Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.

18-JANGAN LUPA REHAT

Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda - tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.

19-MAIN DENGAN WARNA

Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya.

20-BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA

Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza - termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.

21-ANGKATKAN SAHAJA

Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.

22-BIAR DIA MEMBEBEL

Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.

23-LATIHAN MENEKA

Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.

24-BINA LALUAN HALANGAN

Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atau permainan di atas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi
bgaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.

25-IKUT RENTAKNYA

Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.

26-BUAT MUKA LAWAK

Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.

27-RASA SEKELILING ANDA

Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me'label' barangan tersebut.

28-CERITAKAN KISAH DONGENG

Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.

29-BAYANGAN WAJAH

Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi "yang lagi satu" senyum dan melambai padanya.

30-(KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS

Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira - dan boleh berlatih menghafal nama warna.

31-GOYANGKAN BADAN

Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.

32-JADILAH TAMAN PERMAINAN

Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.

33-KIRA SEMUANYA

Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.

34-GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA

Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak ("adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?") sehinggalah ke soalan konkrit ("Pernah tak adik nampak kucing putih?")

35-TUTUP TV

Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan dengan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya.

36-TUKAR PEMANDANGAN

Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.

37-MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA

Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dalam kehidupan bayi anda, buat dua salinan bagi setiap satu gambar - dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya) .

38-RAKAM VIDEO UNTUKNYA

Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.

39-MAIN HUJAN

Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.

40-MENANGKAP SERANGGA

Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.

41-BERGURAU- SENDA

Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakan "Ini Ibu." Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan 'gurauan' anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.

42-MAIN DENGAN PAKAIAN

Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda.

43-AJAR TENTANG ISIPADU

Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil.

44-HASILKAN ALBUM KELUARGA

Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda.. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.

45-SURUH ANAK MEMBUAT KERJA

Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.

46-PERGI KE PERPUSTAKAAN

Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.

47-CONTOHI CARA SESAME STREET

Khaskan satu minggu untuk satu abjad.. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur.

48-MAIN BERULANG-ULANG

Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu.

49-MAIN "TIRU-MENIRU"

Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.

50-BERCAKAP TENTANG PERASAAN

Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti.

Semoga bermanfaat!

Thursday, June 18, 2009

Rasa mcm baru semalam dia pergi...entah kenapa tiba² aku rasa rindu sangat kat dia...apatah lg dgn sambutan hari bapa 21hb June ni nnt...

Masih ingat lagi gurau senda dgn dia pada hari raya tahun lepas...alhamdulillah..impian dia utk duduk rumah baru sebelum raya akhirnya kesampaian juga...meriah...mmg meriah dgn jerit pekik anak cucu...berlari ke sana ke sini...gurau senda adik-beradik...dan utk pertama kali dan terakhir kami mengambil gambar 1 family semua walau ade yg adik beradik yg tak dpt hadir...dan itu la kenangan yg kini tinggal utk ku tunjukkan pd anak² ku..siapa atuk mereka....hurmmm...dan tak ku sangka hari raya tahun ini tidak lagi ku dapat minta maaf pd dia...peluk cium tangan dan dahinya...dan tak ku sangka raya lepas adalah yg terakhir ku melihat senyuman kegembiraan dr bibirnya...puas...puas yang tak terhingga hajat d hati telah d makbulkan...alhamdulillah

Banyak kenangan sewaktu hidupnya...dan dialah yg mengajar aku erti hidup sebagai seorang lelaki...anak...dan suami...walau tegas...dia lah contoh terbaik bg diri ku walau dulu pernah batang ubi kayu melekat di belakang ku...dan dia lah juga mengajar aku erti berdikari dgn bekerja membantu dia memotong buah kelapa sawit demi bekalan dan duit untuk ke sekolah...

Alhamdulillah...hajat dia utk melihat aku berkahwin dan melihat cucu dari zuriat ku juga kesampaian...walau dia tidak sempat utk melihat 3 bulan lagi cucu dia yg baru bakal d lahirkan...

Tarikh 9 May 2009...ku terima panggilan telefon drpd kg...menyatakan bapa ku di masukkan ke wad hospital manjung kerana susah untuk bernafas...selama 3 hari di wad biasa itu lah baru ku sedar..apakah erti pengorbanan seorang anak kepada org tuanya...apakah erti jasa drpd seorang ayah kepada anak²nya yang tak mungkin kita dapat balas walau dgn wang ringgit sekali pun...dan itu lah kami adik beradik bergilir² menjaganya siang dan malam...dan ketika itulah pertama kalinya dalam hidup ku merasa...apa yg pernah bapa ku buat ketika aku kecil² dulu...membasuh berak kencingnya...mengelap badannya...menjaganya sama seperti tika dia menjaga ku ketika aku sakit dahulu...ketika kaki ku patah dahulu...

Akhirnya pd 11 May 2009...dia di masukkan ke wad icu...yg mana ketika itu aku sudah berada di kuala lumpur...ketika ini lah kami anak²nya berkorban skali lagi menjaganya siang dan malam...tak sanggup ku melihat wajah nya yg pucat dan tubuh yg lemah tidak berisi...hanya mengharapkan bantuan pernafasan utk memanjang umurnya...apatah lagi ketika doktor bertanyakan pd emak adakah sanggup menurunkan tandatangan supaya dpt di masukkan tiub ke dalam paru²nya kerana bapa ku sudah tak boleh bernafas menggunakan mask...mengalir air mata ku tanpa sedar...begitu seksanya keadaan bapa ku ketika itu...

Namun...semangat utk dia balik ke rumah tak pernah luntur...dalam kesakitan dia tak pernah sekali minta kami keluarkan dia dari hospital kerana andainya d takdirkan dia pergi..biarlah di rumah...namun apa daya kami..apa kemampuan kami...sememangnya andai di ikut kehendak kami anak beranak...mmg ingin membawanya pulang...hingga ada satu ptg tika aku menjenguknya...dia minta ku bawa dia pulang...namun ku pujuk...tunggu dia sembuh baru aku berjanji membawanya pulang ke rumah...ketika itulah aku tersentap...tika dia berkata..."kau nak bg aku mati ke duduk lama² kat sini" ...sekali lagi mengalir air mata ku...bukan aku berniat membiarkan dia terlantar di hospital..tidak...cuma aku mengharapkan semoga dia cepat sembuh...aku pun tak ingin melihatnya..dah tak sanggup melihat dirinya begitu...

Pada 13 May 2009..pada pkl 2 pagi...kami menerima panggilan telefon daripada akak ku supaya kami ke hospital dgn segera...yg mana ketika itu aku berada di rumah...sampai sahaja ke katilnya..ku melihat...tangan...jari..kaki...dan mulutnya...semuanya berikat dgn kain...darah penuh di katilnya....rupanya...pagi itu dia telah mencabut semua jarum yg melekat di tangannya...mencabut wayar² yg melekat di badannya...semata² semangat dan keinginan yg kuat utk balik ke rumah...siapa tak tak sayu melihat org tua sendiri dalam keadaan begitu...tetapi apakan daya...doktor terpaksa berbuat demikian utk meengelakkan berulang lg...dan daripada hari itulah keadaannya semakin kritikal...

Selepas peritiwa itu...bermacam permintaan keluar dr mulutnya...walau dgn hanya gerak mulut sahaja kerana tiub yg berada d dalam mulutnya...kami tetap tunaikan...daripada bubur nasi McD...air kelapa...air zam-zam...dan segala mcm lagi...kami usaha tunaikan...kerana kami takut..itulah permintaan terakhirnya...

Ini lah pengorbanan besar dalam hidup ku...terpaksa ambil cuti..walau sehingga ke tahap gaji ku terpaksa di potong...korbankan menjaga isteri ku yg sarat mengandung...korban menjaga keluarga ku...demi org tua ku...biarlah...apa lagi daya ku sebagai seorang anak...inilah masanya...inilah waktunya...utk ku berjasa...walau hanya sekecil zarah untuk d bandingkan

Petang 24hb May 2009...petang itu aku masuk ke wad utk berjumpa bapa ku..sebelum ku berangkat pulang ke kuala lumpur...walau sayu hati ku untuk meninggalkannya...tetapi t'jawab ku sebagai suami dan pekerja harus juga ku laksanakan...tika itu lah matanya sayu memandang ku walau tidak ku ucap padanya ku ingin pulang...perlahan dia memegang tangan ku...d letak ke perutnya...dengan dia menggenggam erat...seolah berkata..inilah kali terakhir utk kita berjumpa...tiada lagi selepas ini...tetapi ku buang jauh² tanggapan buruk tu kerana ku masih tak dpt menerima andai ku kehilangan dirinya...

Pukul 10.30 mlm ku sampai ke kl...sempat juga aku melayan game Man Utd sehingga habis perlawanan...tika aku ingin masuk tidur dalam jam 12.30 tgh malam..ku terima panggilan dari abg ku menyatakan bapa ku nazak...dan mengajak ku pulang...walau dgn penat yg tak hilang...ku gagahkan juga balik meninggalkan isteri dan anak ku...

Tepat 3.28 pagi...25 may 2009..ku menerima panggilan bapa ku telah pergi selamanya...dan aku hanya terlambat setengah jam sahaja untuk berjumpa dengannya sebelum sampai ke hospital pd pkl 4 pagi...

4 minggu telah berlalu...akhirnya keegoan diri ku sebagai seorang lelaki..seorang anak...akhirnya luntur...aku kalah...walau ku cuba...tetapi ku tetap tak berdaya sebagaimana aku bertahan drpd keluar air mata ku tika memandikan dia...tika mengkafankan dia...tika menyolatkan dia...tika menghantar dia ke liang lahat....tanpa ku sedar..aku rindu pdnya...saban malam ku menangis mengingati dirinya...ketika ku bacakan yassin untuknya...semuanya dtg tanpa ku pinta...

Kepada sahabat² ku...kepada adik² ku...kepada abg² dan kakak² ku yg masih punya bapa..punya emak...jgn lah sesekali melukakan hati mereka...gembirakanlah hati mereka sementara masih ada waktu utk kita berbuat demikian....berbuat jasalah sementara ada hayat kalian...

Pada bapa ku...tiada apa yg dpt anak mu berikan sempena hari bapa ini selain doa yg ku kirimkan utk mu...semoga diri mu di tempatkan di sisi org² yg beriman dan di sisi Allah s.w.t..amin...