Sunday, January 17, 2010

salam semua....perghh...lama giler nak menaip ni...hehehe...pe nak buat...no idea la nak ngarut apa² kat blog...hanya andai ada yg penting leh la di kongsi bersama...

tgk la nnt...kut tahun baru ni...ada mood baru...nak menaip...hehehe...

pe pon aku nak kongsi dgn korang pic baby baru aku...skrg ni umo dia da masuk 3 bulan da...nama dia lais dania...abgnya lak lais haikal...(ni bg sape yg tak tau lagi) ngeeeeeeee








Tuesday, October 20, 2009

Salam semua...cepatnye masa berlalu..hari ni da 20 Oct 2009...hari tua aku hari ni...hahaha...umur hanya angka..yg penting hati mau sentiasa muda...tak gitu...ehehe...yg ke baper tu...abaikan la...tak penting pon...

Thanks pd adik aku...Anggun kerana send MMS katak nyanyi tu...hahahaha...kiut giler kaler ijo...dia org pertama yg wish...bini aku seken..tu pon time aku nak g keje dan kebetulan Dania nak nenen...takpela...aku tak kisah pon sape no 1 ke...2 ke...sian bini aku jaga baby siang malam...its not big prob my dear...da tuwe ni takde la xcited sgt nak sambut pon...ngeeeee

Yang sadis semua kengkawan bukan wish selamat hari jadi ker...hari lahir ke...tapi
SELAMAT HARI TUWE!!!!!
watahak sungguh...ahahaha...

Citer ttg besday ni...ade la beberapa besday yg rapat yg aku tahu yg sambut sama pd bulan Oct yg berbintang Libra nih...antaranya :

Aku : 20 Oct
Lais Dania (My luvely girl) : 1 Oct [nak gak sambut besday sama dgn papa yer]
Anggun (My luvely sister) : 5 Oct
Kak Izan (Akak aku) : 3 Oct
Ain (Anak buah) : 15 Oct
Mak mertua ku : 31 Oct
Shiro (Sahabat sengal ku) : 16 Oct

tu je kut yg aku hengat...yg lain2 tu bertempiaran..tak leh nak sambut secara berjamaah ...hahahaha...

Thursday, October 8, 2009

Lamanya aku tak menaip...mcm setahun rasanya...ye lah..takde apa yg nak d kongsikan since pemergian ayahanda tersayang may 2009

Alhamdulillah...tarikh 12 Syawal 1430 ... 1 Oktober 2009...puteri kecil ku selamat di lahirkan pada jam 5:59 petang di Hopital Kohilal, Taman Melawati. Di lahirkan dengan berat 3kg secara pembedahan...walau kesian perut bini aku kene belah lg walau da usaha untuk bersalin normal tetapi itulah pengorbanan seorang ibu...terima kasih syg...

Dengan nama Lais Dania...aku berdoa dia akan menjadi seorang muslimah yg boleh menjaga diri dan maruah keluarga...amin...

Tika artikel ini d tulis...Dania telah d tahan d wad Hospital Kuala Pilah kerana kuning+demam daripada hari selasa 6 Oktober 2009 ...harap2...dia sht dan dpt keluar dgn cepat...papa miss u so much...lama da tak kacau dia buat dia menangis...

Buat arwah ayah ku tersayang...walau diri mu tak sempat menatap wajah cucu baru mu ini...ku tahu...diri mu melihatnya nun jauh di sana...akan ku pastikan cucu mu ini mengenali diri mu sebagai mana cucu² mu yg lain yg pernah mengenali mu...





Berikut adalah antara gambar sewaktu Dania baru di lahirkan...ketika ni masih lg di hospital






Gambar Lais Haikal dgn Lais Dania bermanja...ehehehe

Monday, August 17, 2009

1. Begitu ramai belia/remaja sertai Youthsays. Mengapa?

Setiap hari, anda katakan pendapat.
Anda SMS, chat online, dan bercakap dengan kawan atau keluarga.
Bagaimana jika apa anda katakan membawa perubahan kepada masyarakat, produk atau orang di
sekeliling anda?
Adakah anda dibayar untuk pendapat anda itu?
Dengan Youthsays, setiap anak muda Malaysia mempunyai kuasa ini.

2. Berapa banyak telah diperoleh oleh ahli youthsays?

RM 150,205 pada 27 February 2009
3. Macam mana ia berfungsi?
· Anda dibayar untuk mengambil survey, kerana ia memberi kesan kepada perniagaan dan
komuniti untuk memberikan khidmat yang lebih baik.
· Berbincang dan berkongsi idea dan pendapat anda dengan perbincangan kumpulan.
· Dapatkan pembaca blog anda yang lebih ramai, kerana anda berkongsi pendapat dengan
remaja/belia lain di Malaysia.
· Bantu remaja/belia Malaysia dengan persoalan mereka. Atau hantarkan persoalan anda
sendiri!

Ayuh mulakan sekarang!

4. Adakah yuran keahlian?

Tiada yuran keahlian. Keahlian adalah PERCUMA.

5. Macam mana nak keluarkan (cashout) pendapatan saya dari youthsays?

Akan keluar automatik pilihan untuk mengeluarkan wang apabila anda telah cukup minimum
pengeluaran iaitu RM50.

6. Siapa boleh menjadi ahli?
Rakyat Malaysia berumur 35 dan ke bawah.

7. Berapakah saya akan dibayar?

Ini bergantung pada kepada bilangan survey yang sepadan dengan profil diri anda. Kami membayar
harga yang tinggi berbanding harga per jam untuk kerja separuh masa. Walau bagaimanapun,
pendapatan dari survey tidak bertujuan menjadikan anda KAYA.

8. Informasi diri saya akan digunakan untuk apa?

Maklumat yang anda kongsikan tidak akan menjuruskan kepada anda. Kami mempunyai polisi yang
tegas di mana tiada orang akan tahu siapa yang berkongsi maklumat tersebut. Maklumat dari survey
akan di gabungkan oleh sistem untuk menjadikannya lebih di fahami oleh syarikat bagi memberikan
khidmat terbaik kepada remaja/belia.

9. Adakah wujud versi Bahasa Cina atau Bahasa Melayu untuk Youthsays.com?

Untuk masa sekarang, youthsays.com hanya di dalam English tapi siapa tahu, mungkin di masa akan
datang ia mungkin akan diwujudkan.
10. Saya mempunyai blog, macam mana saya boleh peroleh pendapatan dari Youthsays?
Buat post atau link menggunakan link invite anda seperti
http://malaysia.youthsays.com/go/jwC. Apabila ada orang klik link tersebut dan mendaftar, anda akan dibayar RM 0.40. Jika 100 orang berbuat demikian,
100XRM0.40= RM40!

11. Kerap mana survey akan ada? Kenapa tidak kerap sangat sekarang?

Ia bergantung pada kehendak pelanggan kami. Contohnya, jika bulan ini pelanggan kami meminta
survey untuk remaja Melayu desa, maka remaja Melayu desa akan peroleh lebih banyak survey
berbanding remaja lain.

12. Adakah akaun saya dihapuskan apabila berumur 36 tahun?

TIDAK. Tapi mungkin anda akan kurang mendapat peluang menjawab survey kerana di sini pelanggan
memfokuskan kepada pelanggan remaja/belia sahaja.


Daftar PERCUMA sekarang! Klik di sini untuk ke laman pendaftaran
youthsays.com

Wednesday, July 15, 2009





Ni meh korang usya pic ni...ahahaha...sku snap time balik keje ptg semalam...ntah ape2 la tuan punya keter...lalok gamaknya...ahahahaha

Tuesday, July 14, 2009

Kisah pertama...

Minggu lepas..kisah ni masa aku nak g bayar utk isi minyak kat kaunter...petang tu leh lak q panjang...takde la panjang tapi ade la 6-7 org depan aku...ikut hati malas nak q ni...tapi xpelah...sbb minyak dalam tangki pon da kasik warning suh isi...kebetulan depan aku ni ade lah sorg awex...cung gak la...dia pon lebih kureng aku gak...mcm tak sabar² nak bayar..ntah ape yg d kejarnya...tunggu nye tunggu sampai la turn awex ni td...berikut lebih kurang la percakapan antara awex tu dgn casher stesen minyak

Casher : Ye dik...nak isi baper???
Awex : Isi 10 ye kak...pam 7

Aku dgn bz bodinya g la paling kepala aku nak usya pam 7...awex ni naik ape bayar 10 hengget jerk...owh...naik Gen2...

Casher : Betul ke nak isi 10 hengget ni dik
Awex : A'a la kak...naper???tak leh ker nak isi 10 hengget???
Casher : Boleh jer...tapi betul ke pam 7...keter awak Gen2 tu kan???
Awex : A'a...yg Gen2 tu...
Casher : Keter awak pakai diesel ker???pam 7 tu ade diesel jer dik...mane de host utk petrol...saya tukarkan awak ke pam lain la yer...

Aku dgn bizi bodi sekali lagi jenguk pam 7 tu....mmg kompom...sahih...ade setongkol jerk host kaler hitam...geleng pale aku tgk awex tu...merah muka dia...org ramai lak tu... ikut hati ni nak jerk gelak..sebab tak leh tahan...tapi memandangkan kang jatuh lak kemaluan dia...so aku diam je la....


Kisah kedua

Jumaat malam sabtu..minggu lepas gak...bini aku ajak g kenduri nikah sorang makcik ni...sbb cucu dia ni dok kelas yg bini aku ngajo...siap bg kad beriya suh dtg...ikut hati aku..mmg malas...ade ke buat kenduri malam²...dasar org kaya btoi...

Sampai jerk...kebetulan makcik tu ade kat depan khemah..so dengan muka manis dia sambut kami...pastu perkenalkan dekat member² dia yg tengah makan...kire glemer la sekejap...aku dgn selamber terus g amik makanan...maklumla...lapo...da siap semua masuk dalam pinggan...aku dgn bini aku pon join la geng² makcik tuan rumah...ade la 2 org pompan..sorg tu mcm da makcik...sorg tu muda lagi...kakak kut...pakaian kelas beb...mcm mak datin...biasalah...dok kat taman melawati...separa elite...ngeeeeee...imej kena jaga...sambil makan tu ade la kami borak²

Aku amik part yg pada aku penting utk korang baca (kalau nak bacalah..kalau taknak sudah)

Makcik : Dok mana???
Wife : Kami dari Taman Melati
Makcik : Ngajar kat sekolah melawati ni yer
Wife : A'a...baru 5 bulan
Makcik : Owhh...ni anak bongsu ke??? (Tepat jari telunjuk dia ke arah Haikal...anak sulung aku)

Aku yg tengah makan rasa mcm nak tersembur balik nasik dalam mulut...ade ke patut dia kata Haikal anak bongsu...terang² perut bini aku tu besar ngandung...dia leh kata Haikal anak bongsu...ahahahaha...mereng jugak org kaya ni...ahahahaha...





Sunday, July 12, 2009



Saje nak kongsi dgn korang..mcm mana pompan luar negara bawak keter...hihihihi...jangan marah yer